Tuesday, May 4, 2010

ASMA sukar utk sembuh,tp bole dicegah

Asma atau lelah ialah serangan sesak atau kesusahan bernafas berserta bunyi termengah-mengah di dada. Ia juga menghasilkan bunyi seperti siulan kerana penyempitan pada saluran cabang tenggorok di paru-paru.

Asma terjadi apabila otot pada saluran udara yang menghubungkan hidung kepada paru-paru menjadi kejang. Ketika otot kejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan.

Keadaan menjadi teruk apabila pesakit mempunyai kahak pekat yang menutup salur pernafasan menyebabkan udara susah keluar masuk.

Apabila ini terjadi, paru-paru akan kekurangan udara dan pesakit boleh pengsan serta boleh menyebabkan kematian.

Antara tanda lain asma ialah sukar hendak bernafas, terbatuk-batuk dan pernafasan menjadi pendek.

Antara faktor yang boleh memburukkan asma ialah alahan kepada habuk rumah, bulu binatang, debunga rumput dan asap rokok.

Terlalu banyak bersenam dan melakukan kerja-kerja juga memungkinkan mendapat asma. Begitu juga jika sering mengalami tekanan perasaan dan mendapat jangkitan pada paru-paru.

Bagi mereka yang alah kepada ubat-ubatan seperti aspirin dan penisilin, wajar berhati-hati kerana kemungkinan mendapat serangan asma jika mengambil ubat berkenaan.

Asma pada kanak-kanak

Serangan asma pada kanak-kanak adalah masalah biasa kerana 10 - 20 peratus kanak-kanak di dunia ini mengalami asma.

Ia selalunya bermula dengan serangan selesema, batuk dan kemudian sesak nafas. Jika tidak diubat dengan sempurna, kanakkanak itu berkemungkinan akan menghidap asma hingga dewasa.

Menurut kajian, kira-kira 80 peratus kanak-kanak penghidap asma akan hilang penyakit mereka apabila mencapai usia 5 tahun.

Bagi kanak-kanak menghidap asma yang sederhana, serangan ini akan hilang dalam lingkungan usia 12 -13 tahun. Sebilangan 50 - 60 peratus akan sembuh apabila mereka dalam lingkungan 20 - 25 tahun dan 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil akan sembuh.

Asma tidak boleh diubati tetapi biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia mereka meningkat. Manakala orang dewasa yang baru mendapat asma akan kekal menghidapnya.

Asma tidak memberi apa-apa kesan kepada jantung tetapi boleh memudaratkan paru-paru.

Perubatan:

Sedutan (Inhaler)

Ubat sedutan ini bertujuan mencegah asma yarig kerap terjadi. Antaranya ialah Becotide, Pulmicate, salbotomol dan theophylline. Apabila mengalami serangan asma, doktor akan memberi ubat sama ada dalam bentuk tablet, kapsul, bancuhan, penyedutan, aerosol atau supositori.

Ubat yang diberikan itu selalunya mampu mengatasi masalah penyempitan saluran cabang tenggorok pada paru-paru. Pesakit juga kadangkala diberi sejenis steroid untuk meredakan kesesakan nafas yang dialami.

Pesakit juga mungkin diberi ubat sodium cromoglycate yang akan membantu mereka mengelakkan serangan asma.

Ubat sedutan ini antara lain:

1. Selamat dan cepat memberi kesan.

2. Ubatnya berkesan selama empat jam.

3. Boleh diambil selalu dan apabila diperlukan.

4. Ulang setiap dua atau tiga jam

5. Boleh digunakan sebelum bersenam.

6. Tetapi tidak berkesan pada asma yang teruk.


Alahan asma

1. Binatang peliharaan adalah penyebab utama penyakit asma atau lelah. Penghidap asma sering alah kepada bulu binatang peliharaan mereka terutama kucing dan anjing.(ye,sbab tuh r aq xleh dkt ngan kucing ye kwn2..dah diajar jaohkn diri dr kucing sjak kecik)

2. Alat solek dan kelengkapan dandanan diri. (yg nih,aq cm xde alahan.haha.)

3. Debunga. Ini sering terjadi kepada mereka yang berada di negara yang mempunyai 4 musim. Debunga banyak pada musim bunga. ((ok.kt Mesia xde.so,slamat cket.)

4. Pewarna makanan.(owh....ade kesan upenye.patotla kdg2 tetiba je sempot)

5. Asap dan debu.(ye. mmg sgt alah. di mana habuk bergumpal,di situla serangan asma leh terjadi)

6. Debu/kutu rumah (house mite).(yup)

7. Senaman berlebihan. (shopping tuh snaman blebihan x?;p)

8. Tekanan (mcm xje..terkawal lg kot)

9. Jangkitan seperti vlrus dan selsema.(ye. ble da sesema + batuk,mmg sng kene asma)

10. Pekerjaan yang membabitkan debu dan asap. (ye. bab tuh r time fogging ke,org bakar sampah ke, wt bbq ke,aq xleh dkt.kang pengsan spe nk angkat??)

11. Genetik. (mak xsempot. abah pon x. genetik ka?)




hah...apsal aq post info pasal asma nih??pasal aq nga sempot skang nih..
nk tarik nafas pon tertahan2..lg2 time batuk an..
cmne tah bole batuk nih..xske btol~ubat batuk, jgn harapla aq nk telan
kang aq flat seari xbangun tdo..nk jwb exam pe t klu xstudy??tdo time exam???haha
dah lama xkne lelah nih. dulu time kekecik,salu sgt kene.
da besa nih, tunggu cm batuk da nk nazak tuh bru kene
smlm xmcm nk tercabut lak dada aq batuk
mne nk carik ubat??xde. pas tuh,seksa sorg2
ubat lelah pon,tah mne an aq campak
nk xnk,kene g farmasi td,bli ubat lelah yg diberi nama saintifik sulbotomol..heran jp aq..slama nih aq mkn bentolin 2 mg..tetbe je dpt ubat sulbotomol lak..gknye da tuka nama kot..aqq mnela cerdik an psl medic2 nih
ngatkn doc tuh salah dgr aq nk ubat lelah td
nih da search bru yakin ubat tuh btol..hahaha
pasal pe??coz aq da telan ubat tuh..pas tuh trasa mcm amek drug berlebihan lak..hahahaha
coz rse cm segar + aktif gle badan nih..
cmne nk tdo??adoiiiii~
so,marilah study ye..siang aq esok mst jd mlm..
sbab siang ari aq tdo. haha

nytO~

0 pains go away: